Sunday, March 13, 2011

hanya sekadar coretan ..

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.




Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan

Thursday, March 10, 2011

MUMPS

Pengenalan
Merupakan penyakit berjangkit (epidemik) yang berlaku ke atas kanak2 5 – 15 tahun.

Definisi
1. Mumps adalah jangkitan saluran respiratori yang sederhana disebabkan oleh virus RNA iaitu paramyxovirus yang menyebabkan bengkak pada bahagian parotid gland.
2. Amat berjangkit terutama pada peringkat kanak2 berumur 5 - 9 tahun

Etiologi
Punca – jangkitan paramyxovirus

Habitat : manusia

Rebakan
1. Secara langsung dengan pesakit
- Titisan air liur ‘droplets’: batuk, bersin
2. Tidak langsung
- Habuk
- Benda tercemar dengan virus paramyxovirus

Masa pengeraman
14-25 hari (kebiasaannya)
14-18 hari (lingkungan)

Patofisiologi
1. Virus memasuki trek respiratori (respiratory route)
2. Masa pengeraman: 14 – 21 hari
3. beberapa simptom akan muncul
- demam
- malaise
- sore throat
- kegagalan selular berlaku & degenerasi
- menimbulkan tanda & gejala kesan dari inflamatori
- enlargement one or both parotid gland
4. Diikuti dengan penyebaran virus ke seluruh organ termasuk parotid gland
5. Bengkak dengan ketara dalam masa 2-3 hari dan mengambil masa seminggu untuk sembuh

Manifestasi klinikal
1. Prodromal Illness
- demam sederhana
- headache
- selsema
- malaise (letih lesu)
2. Lymphodenopathy
3. Kesakitan/ tender & bengkak pada kelenjar paraotid (parotid gland)
4. Sakit & mengalami kesukaran membuka mulut (trismus) – otot2 pengunyahan mengalami spasma
5. kesakitan semasa mengunyah & menelan makanan
6. Air liur keluar secara berlebihan

Penyiasatan
1. Ujian serologi: naturalizing antibodi test
- peringkat antibodi (titre) dalam darah – IgM
- kali ke 2 : 2 – 3 minggu selepas ujian pertama untuk melihat keberkesanan rawatan
2. Ujian darah: FBC
- Leukopenia: penurunan leukosit
- Thrombocytopenia: penurunan thrombosit

Komplikasi
Akibat daripada dalam sistem immune badan tidak dapat berfungsi dengan baik
1. Encephalitis: post infection (jarang)
2. Immune thrombocytopenia (jarang)
3. Orchitis: inflamasi pada testis
4. mastitis: inflamasi pada buah dada
5. Acute pancreatitis
Pengurusan & penjagaan
Rawatan Simptomatik shj
1. Masukkan ke wad utk pesakit dibwh 3 thn-pjgan jika pesakit mengalami demam dan komplikasi lain
2. Pelajar sekolah diberi cuti sakit 1 minggu utk elakkan jangkitan
3. To come again (TCA) slps 1 minggu utk memastikan x ada komplikasi ke organ lain
4. Rehat
5. Batuk- mist expectorant Benadryl
6. Demam paracetamol 500 mg (kanak2) -1000mg (dewasa) max 2 tab qid
7. selsema chlorphenarmine maleate 4mg tds
8. Promethazine (phernagen) – syrup
9. Alternatif
 Pambiln cecair yg mencukupi
 Soft diet

Program pcegahan & kawalan
1. Pberian imunisai scr aktif –MMR 12 bln
2. Pend kesihatan
 Bahaya mumps
 Kebaikan pberian imunisasi pd peringkat bayi
 Edaran risalah, poster, ceramah, indv (sesiklinikal) pameran, kesihatan
3. Kawalan
 Laporan kejadian ke pjbt kesihatan daerah
 Mjlnkan isolasi
 Selidik semua kes contact dgn teliti
 Kaw rebakan dlm/luar ng
 Org yg dihubungi terutama waris terdekat

Tuesday, October 12, 2010






first time snap pix dengan budak niy .
kiteorg pggil dye apex touching .
besh giler time niy , jlnjln merondemeronde di AS .
naek moto plak tu .
kebtulan apex touching ajak ambekk gmbar . dengan selamber je , pakai macam ni .
kat AS bkn senang kn nk dpt snapsnap pic mcm niy . antara pic yg terbaek dlm idup ak . hahaha

apex touching !
terima kaseh sebab ade ko kat sebelah tu bg keputihan kpd ak . wakaka ;D
xpe apex ,
yg pasti ari tu jgkk lar ko touching dgn ape yg amar ckp . haha
ksian kt ko , kne buli .
haha

xsangka ko beli kasut baru ,
bapak r ! nike total90 tu bro . kalah ak pakai kasut nike biase .
nanty ak kene passing saje je la bola kat ko time lawan kt pdang .
sebab gerenty kasut baru ko tu merangsang ko utk shot goal . hahaha
xpe apex , kite kan samesame striker . kene salingsaling bantu . knkn .

hahaha .

Saturday, October 2, 2010




` Ma abah , maafkan saya sebab selama ni banyak sangat saya lukakan hati ma , abah . kadang-kadang saya kasar , suara saya kuat dengan ma , abah . kadang-kadang apa yang ma , abah suruh buad , saya buad tak tahu je . Maafkan saya ma , abah . Saya sedar saya selalu menyusahkan ma , abah sejak saya lahir lagi . `

Tuesday, September 28, 2010

Xm owwh Xm ? ,

mggu xm ckupp mmberikn ruang mata ak utk trus brjage
ariy niey dar msuk paper kew 6 dar
tpy kli prtama ak xtauw nk bace apew utk xm ptg 6t niey . haha ;))

dri smlam lgy ak trtekank , cariey pnya cariey nota utk bace upe-upenye lecture xbgy nota utk sbjekk niey spnjang dar 3 bulan stdiey .
agkk sdikit kejam ya d situ . (:
ntahh lar mcm mner dgnn xm ak 6t tuw . insyaallah bkn paper ksong akn ak bgy kt lcture moga2 adew lar jgkk sdikit coretan kate2 kt paper xm trsbut . hehe

` kdam2 ak rsekn xm tuw unik , sbb ia bgy kitew motivasi utk stdiey ` ;D
~ngee

Monday, September 27, 2010

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. 

Sifat Cinta 
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. 

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. 

Cinta Bersedia 
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. 

Cinta Itu Indah 
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. 

Cinta Itu Mengharap Balasan 
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima. 

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. 

Cinta Itu Mengetahui 
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup 
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. 

Cinta Itu Suci 
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona 
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta. 

Apakah itu Bukti Cinta? 
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >

'' Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta . ''

~ Syukur En Ramli Junior 

 

Sunday, September 26, 2010

Dol

Sam





SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Just say ` heyy `

maka dgn niey trlahirlah blog ak sndiri ,
brmula dgn ilham utk mghilangkn kebowinkngan dlm diri
dgn kdaan yg xpnh tauw mcm mne blog niey
akhirnye try try pnya try . da jdy da blog ak . haha

tgok mmber2 buad blog trse nk fight jgk buad jgk la .
hahaha
jniz ekud mmber2 , jdy mcm niey lar jwbnye .

bru bbrape ari blog iniey d hasilkn . dn msih dlm prses pmbedahan organelle2 dlm blog iniey
utk d susun dn d perkemaskn bg mmudah d bacai dn d hayati . hahaha

` bia hodoh d mate owank tpy cnteq d mate kite . ;)) `

*kkay*

Saturday, September 25, 2010

"Without your love, I would die."

One night a guy & a girl were driving home from the movies. The girl sensed there was something wrong because of the painful silence they shared between them that night. The guy pulled over and told the girl he wanted to talk. He told her that his feelings had changed & that it was time to move on. A silent tear slid down her cheek as she slowly reached into her pocket & passed him a folded note. At that moment, a drunk driver was speeding down that very same street. He swerved right into the girls side, killing the girl. Miraculously, the guy survived. Remembering the note, he pulled it out & read it. "Without your love, I would die."